Sunday 9 October 2011

SENI VISUAL-MAKNA

Pernahkah kawan menjeling kepada anda atau tarik muka masam bercuka.Tentu beliau ada sesuatu perkara atau hal atau maksud bagi menzahirkan rasa/emosi kepada anda. Apatah lagi orang muda sedang bercinta, jelingan antara pasangan yang sedang berkasih sudah tentu sarat seribu makna.Muka masam pula tentu bagi menunjukkan rasa tidak senang seseorang. Soalnya dalam seni visual cth: umpama catan potret Mona Lisa adalah gabungan hal benda ( waniata yang bernama Mona Lisa ) dan Aspek Formalistik ( Unsur Seni+ Prinsip Rekaan ) yang telah dikomposisikan oleh Leonardo de Vinci.Yang tersurat di kanvas ialah senyum Mona Lisa ( boleh kita nampak) manakala yang tersirat adalah disebalik senyumnya ( kita tak nampak) Guana rasa.........tunggu perbincangan lanjut tentang MAKNA.

Makna
Pengertian: - maksud/tafsiran/mesej yang terkandung didalam sesebuah karya seni visual.
                             
Dalam Seni Visual MAKNA berpecah dua:

Makna Tersurat
Pengertian - maksud/mesej yang dapat difahami menerusi apresiasi  berkaitan hal benda dan komposisi/aspek formalistik yang terdapat pada permukaan visual karya.
Contoh:
Senyuman/rekahan bibir yang kita nampak adalah berupa gabungan garis,jalinan,warna yang disuratkan/dilukis secara ilusi 3D diatas kanvas/permukaan 2D oleh Leonardo.Gabungan garis,jalinan.warna yang membentuk bibir Mona Lisa yang kita nampak di permukaan kanvas itulah yang kita kupas sebagai makna tersurat.Umpama kupasan berbunyi "merahnya bibir bak delima merekah". Kupasan itulah makna tersurat. Jadi apabila kita melihat karya tugas kita pertamanya ialah melihat karya tersebut dari aspek penyusunan imej tampak/ hal benda, komposisi/aspek formalistik yang digunakan oleh seniman bagi melukis/menyuratkan mesej yang hendak disampaikan kepada kita.Selalunya bentuk/imej tampak yang disuratlkan itu  jelas,nyata, konkrit dan mudah kita fahami kerana kita boleh nampak di permukaan kanvas.Atau kalau ianya arca kesannya boleh kita rasa menerusi deria sentuhan (jalinan sentuh) atau menerusi deria penglihatan/mata kita (jalinan tampak) Seterusnya kita kupas/menceritakan kesan dari apa yang kita nampak atau sentuh.
Sesudah kita mengupas permukaan visual yang tersurat beralih pula kepada makna yang tersirat.

Makna Tersirat
Pengertianmaksud / tafsiran / mesej yang terkandung di sebalik apresiasi kita  berkaitan hal benda dan komposisi/aspek formalistik yang terdapat pada permukaan visual karya.

Contoh Soalan:

Gamabarajah di atas menunjukkan karya Dzulkifli Buyung yang berjudul " Kapal Kertas " (1966 ).Media: Kapur/Pastle.Jelaskan makna karya tersebut dari aspek yang berikut:

(a)  Makna tersurat                                                                                               [ 6m ]
(b)  Makna tersirat.                                                                                               [ 6m ]

Contoh Jawapan;
(a)
Isi 1  Aktiviti:
 F1m: Catan menggambarkan sekumpulan tiga orang kanak-kanak perempuan yang H2m: sedang bermain   kapal diperbuat dari kertas koyakan buku tulis sekolah bertempat di tepi longkang selepas hujan turun.

 Isi 2  Gaya Hidup:
 F1m: Catan menggambarkan kegiatan/gaya/jenis permainan pada zaman kanak-kanak H2m: bagi mengisi masa lapang.

(b)
Isi 1 Taraf Hidup:
F1m: Kanak-kanak yang ditonjolkan mungkin berasal dari masyarakat golongan kurang berpengetahuan kerana H2m:sanggup mengoyak buku pelajaran.

Isi 2 Peribadi- kesucian jiwa di alam kanak-kanak
F1m: Aktiviti bermain sambil berpakaian sekolah tanpa menghiraukan kebersihan tempat bermain serta merosakkan buku pelajaran H2m menggambarkan keriangan,kegembiraan, kenakalan, keharmonian serta keihklasan jiwa manusia yang bergelar kanak-kanak 

SKIMA MARKAH :
I isi  = 3 markah  ( F1m + H2m )
2 isi = 2 X 3 markah / 2 X ( F1m + H2m ) = 6 markah.

No comments:

Post a Comment